https://www.qiraat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/qiraat/issue/feed QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isi-isu kontemporari 2026-03-02T09:22:22+08:00 Dr. Sharifah Noorhidayah binti Syed Aziz jurnalqiraat@uis.edu.my Open Journal Systems

Journal title

Jurnal Qiraat
Jurnal al-Quran dan Isu-Isu Kontemporari

Initials

JQ

ISSN/ eISSN

e- ISSN: 2600-7657; ISSN: 2636-9591

Frequency

June and December

DOI

https://doi.org/10.53840/qiraat

Editor-in-chief

Prof. Madya Dr. Mohd Faizulamri bin Mohd Saad 55560880500 (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Managing Editor

Dr. Sharifah Noorhidayah binti Syed Aziz (Universiti Islam Selangor)

Publisher

Penerbit UIS

Citation Analysis

Google Scholar; Malaysian Journal Index (My Jurnal); Crossref ;Copernicus

Peer Review

Double Blind Review

https://www.qiraat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/qiraat/article/view/129 Penguasaan Murajaah Hafazan Al-Quran dan Ekosistem Pembelajaran Tahfiz 2026-03-02T09:22:22+08:00 Mohamad Marzuqi Abdul Rahim marzuqi@fsk.upsi.edu.my Abd Hadi Baharom abdhadi.borhan@fsk.upsi.edu.my Sukhairu Sulaiman sukhairu@islam.gov.my Farhanis Faisal nfrhnis@gmail.com
The holistic learning ecosystem is a critical factor in supporting students’ mastery of Qur’anic memorization
(murajaah) in tahfiz education. This study aims to examine the effectiveness of a tahfiz learning ecosystem in
strengthening murajaah practices among tahfiz students in Malaysia. The holistic ecosystem is conceptualized through
five interrelated dimensions: physical and spatial, social and emotional, academic and pedagogical, spiritual and
organizational management. A quantitative survey involving 194 students from five tahfiz institutions was conducted
and the data were analyzed using descriptive and inferential statistics through SPSS version 27.0 The results
demonstrate a significant relationship between the tahfiz learning ecosystem and students’ mastery of murajaah.
Specifically, a supportive and well-structured environment was found to enhance concentration, motivation and
memory retention during the memorization process. The study highlights the importance of adopting a holistic tahfiz
learning ecosystem approach when designing strategies for tahfiz education, as it contributes substantially to the
effectiveness of murajaah, which forms the foundation of Qur’anic memorization.
2025-12-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2026 https://www.qiraat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/qiraat/article/view/102 Keberkesanan Pertandingan Hafazan dan Ujian Syahadah: Analisis Perbandingan terhadap Pemantapan Hafazan Al-Quran 2025-11-05T15:10:24+08:00 Afifa Syakirah Mohd Radzi afifa01200@gmail.com Latifah Abdul Majid umilm@ukm.edu.my
Pertandingan hafazan dan ujian syahadah berperanan sebagai mekanisme pengukuhan dan penilaian kualiti hafazan al-Quran dalam kalangan huffāz. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir huffāz yang kurang memberi penekanan terhadap mutu hafazan dan konsistensi murajaah terutamanya selepas menamatkan pengajian di tahfiz. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka keberkesanan pertandingan hafazan dan ujian syahadah dalam pemantapan hafazan al-Quran serta perbandingan antara kedua-duanya. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes telah digunakan dengan pengumpulan data melalui temu bual separa berstruktur melibatkan empat orang huffāz yang aktif menyertai pertandingan hafazan dan pernah menjalani ujian syahadah al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa ujian syahadah merupakan wadah yang paling berkesan dalam pemantapan hafazan al-Quran, manakala pertandingan hafazan adalah platform yang terbaik dalam menguji ketajaman hafazan dan menilai mutu bacaan seperti tajwid, fasohah, irama bacaan dan lain-lain. Kajian ini mencadangkan agar kedua-dua pendekatan ini dimanfaatkan secara komplementari, dengan syahadah sebagai pendorong pemantapan hafazan dan pertandingan hafazan sebagai penilai pengukuhan hafazan bagi melahirkan huffāz yang benar-benar berkualiti. Institusi-institusi tahfiz juga disarankan untuk menggalakkan pelajar menjadikan pertandingan hafazan dan ujian syahadah sebagai insiatif penting dalam usaha mempertingkatkan mutu dan kualiti hafazan al-Quran.
2025-12-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Afifa Syakirah Mohd Radzi, Latifah Abdul Majid https://www.qiraat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/qiraat/article/view/105 Peranan Tekonologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran & al-Qiraat 2025-11-05T11:51:15+08:00 Sharifah Noorhidayah Syed Aziz sh.noorhidayah@uis.edu.my Nur Wadihah Mohd Asri nurwadihah@uis.edu.my Lissailin Baharudin lissailin696@gmail.com
Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membuka ruang baharu dalam dunia pendidikan, termasuk dalam bidang pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Walau bagaimanapun, proses pengintegrasian teknologi ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya apabila melibatkan pendekatan tradisional yang telah lama menjadi asas dalam sistem Pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Kajian ini bertujuan peranan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran & al-Qiraat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis dokumen. Data kajian diperoleh melalui buku-buku ilmiah, laporan penyelidikan rasmi dan artikel jurnal akademik yang berindeks Scopus, WoS serta MyCite. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sumbangan positif terhadap penggunaan AI dalam pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, khususnya dalam aspek penyediaan bahan mengajar, pemantauan tugasan pelajar dan pembelajaran kendiri. Namun begitu, perlu diberi perhatian terhadap kebimbangan terhadap pengabaian elemen sanad, talaqqi, dan bimbingan rohani jika pengguaan AI tidak diselaraskan dengan nilai-nilai tradisi. Analisis mendapati bahawa integrasi yang seimbang antara teknologi dan pendekatan konvensional dapat meningkatkan kualiti pembelajaran tanpa menjejaskan keaslian pembelajaran tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi AI adalah alat yang bersifat sokongan sahaja, bukan sebagai pengganti kepada peranan guru seterusnya membuka ruang untuk pembangunan Pendidikan tahfiz yang lebih berstruktur dan tersusun.
2025-12-29T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Nur Wadihah Mohd Asri, Lissailin Baharudin https://www.qiraat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/qiraat/article/view/106 Pengajian Tajwid Di Akademi Pengajian Quran Dan Sunnah UnIPSAS: Analisis Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dengan Pengurusan Islam (Kepujian) Terhadap Tahap Kefahaman Makhraj Dan Sifat Huruf 2025-11-18T12:09:14+08:00 Nor Athilia Irfan Rosli irfanathilia@gmail.com Nik Ahmad Mumtaz Nik Din amumtaz@unipsas.edu.my Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad ahaiqal@unipsas.edu.my Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi haafiz@unipsas.edu.my
Kajian ini dijalankan bagi meneliti tahap kefahaman makhraj huruf dan sifat huruf dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dengan Pengurusan Islam (Kepujian) di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Seramai 17 orang pelajar yang mewakili keseluruhan populasi kohort terlibat sebagai responden kajian dengan menggunakan pendekatan persampelan keseluruhan. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan instrument soal selidik 30 item yang telah disahkan kesahihan oleh dua orang pakar bidang tajwid dan mempunyai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.90. Data dianalisis menggunakan perisian Jamovi melalui analisis deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan keseluruhan berada pada kategori baik dengan purata 64.7% jawapan betul. Analisis mendapati terdapat variasi pencapaian yang ketara antara item dengan 35.5% item dikuasai pada tahap sangat baik, 32.3% baik, 29.0% sederhana, dan 3.2% lemah. Kajian ini menegaskan perlunya pendekatan pengajaran yang lebih interaktif seperti latihan intensif sebutan dan bimbingan individu bagi memperkukuh kefahaman pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tajwid khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran di institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia.
2025-12-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Nor Athilia Irfan Rosli, Nik Ahmad Mumtaz Nik Din, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi